Skizofrenia biasanya dirawat dengan menggunakan ubat anti-psikotik,
terapi sokongan dan psikopendidikan. Antara pendekatannya ialah:
1.
Pendekatan biologi
Pendekatan ini merujuk pada pengambilan ubat antipsikotok yang
dimulakan pada tahun 1950-an. Biasanya dadah digunakan sebagai ubat
antipsikotik seperti thorazine, melaril, stelazine dan prolixin
yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama. Ubat ini akan mengurangkan
aktiviti reseptor dopamine otak yang akan dapat mengurangkan halusinasi dan
delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Menjelang
tahun 2000 terdapat lebih banyak ubat
antipsikotik yang dihasilkan seperti clozapine, risperidone dan olanzapine
tetapi tetap mempunyai kesan yang sama iaitu hanya mencegah pesakit daripada
mengalami gangguan yang lebih teruk dan mengurangkan tekanan yang dialami serta
mengurangkan episod psikotik pesakit (Azizi Yahaya et. al 2006: 198).
Dalam sebuah
majalah Dewan Masyarakat, Nur Faizah Abdul Wahab menulis mengenai
skizofrenia yang bertajuk Skizofrenia: Pesakit berada dalam dunia fantasi,
beliau menulis dalam tahun 1952, sejenis ubat yang digunakan untuk pesakit
psikosis iaitu pesakit yang mengalami masalah mental digunakan bagi merawat
pesakit skizofrenia. Ubat ini amat berkesan. Dengan teknik imej otak yang moden
(scan PET), rawatan boleh digunakan dengan lebih baik lagi. Biasanya, pesakit
mengalami kesukaran menyelaraskan aktiviti antara kawasan berbeza di otak.
Contohnya semasa berfikir atau bercakap, kebanyakan orang menunjukkan
pertambahan aktiviti di bahagian hadapan otak dan kurang aktiviti di kawasan
otak yang berfungsi untuk pendengaran.
Dalam filem A
Beautiful Mind, Dr Rosen memberitahu Alicia bahawa Nash mempunyai skizofrenia
dan Charles, Marcee dan Parcher hanya wujud dalam imaginasi beliau. Nash diberi
kursus terapi kejutan insulin (insulin shock therapy) dan akhirnya
dibebaskan. Beliau juga diberi ubat antipsikotik namun beliau kecewa dengan
kesan-kesan sampingan ubat antipsikotik yang beliau ambil, maka Nash secara diam-diam
berhenti mengambilnya. Ini menyebabkan halusinasi dan khayalan beliau kembali
semula.
Dalam rawatan
terapi insulin telah diperkenalkan oleh Sakel di Vienna pada tahun 1930-an dan
berguna dalam menangani skizofrenia secara empirikal. Terapi insulin diberikan
dalam dos yang kecil kepada pesakit, cukup untuk menyebabkan sedikit pening dan
berpeluh. Pesakit masih sedar dan fasa rawatan ditamatkan dengan minuman
glukosa (Alexander R.K. Mitchell 1972: 122-123). Oleh sebab itu, dalam filem tersebut Nash
diberikan rawatan terapi kejutan insulin. Prosedur ini menggerakkan glukosa ke
dalam otot badan supaya pesakit yang berasa lebih baik dan dalam semangat yang lebih
baik (Alexander R.K. Mitchell 1972: 123).
2.
Kaedah Sosiobudaya
Dalam kaedah ini kumpulan etnik masyarakat memainkan peranan yang
penting bagi membantu keluarga yang mengalami skizofrenia. Ini kerana keadaan
pesakit skizofrenia berbeza-beza di setiap tempat sama ada di Asia mahupun di
Eropah. Oleh itu, kaedah rawatan ini lebih menekankan nilai moral dalam
masyarakat seperti keluarga memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pesakit
ini dan menyediakan tempat kerja yang sesuai bagi mengembalikan hubungan
pesakit dengan komuniti masyarakat (Azizi Yahaya et.al 2006: 198).
Sebagai contoh
dalam filem, Alicia sangat mengambil berat akan masalah Nash. Alicia membantu
dengan menyiasat lelaki bernama Parcher yang memperkenalkan dirinya sebagai
ejen Jabatan Pertahanan yang meminta Nash untuk memecah kod-kod rahsia untuk
kerajaan. Alicia mendapati Pacher hanyalah lelaki khayalan Nash dan tidak wujud.
Selain itu, kawan lamanya Martin Hansen yang dulu dianggap musuh, seorang ketua
jabatan matematik Universiti Princeton juga menolong Nash dengan memberi
kebenaran kepadanya untuk bekerja di luar kelas di perpustakaan. Tahun berlalu
dan Nash semakin sedar bahawa beliau perlu belajar untuk mengabaikan
halusinasinya. Akhirnya dia mendapat keistimewaan untuk mengajar lagi.
![]() |
John Nash membantu pelajar di perpustakaan sehingga diambil sebagai tenaga pengajar |
3.
Terapi Psikodinamik
Kaedah psikodinamik menekankan pesakit yang menghadapi masalah
dalam membebaskan diri mereka daripada kekecewaan yang dialami sejak
dahulu. Antara kekecewaan yang dialami
ini adalah hasil daripada salah interaksi antara struktur id, ego dan superego.
Ini semua akan menimbulkan kebimbangan yang sukar dikesan. Oleh itu, dalam sesi
terapi ini, teknik perkaitan bebas (free association) digunakan di mana
pesakit diminta mengeluarkan segala yang terpendam dalam fikiran, perasaan dan
hatinya. Mereka tidak dibenarkan menyekat atau menahan apa-apa perasaan,
fikiran, rasa hati, masalah atau fantasi ataupu yang tidak munasabah daripada
pakar terapi. Tujuannya supaya semua konflik yang dialami secara sedar dan
tidak sedar dibawa keluar kea lam sedar dan dikenali serta difahami oleh
pesakit. Kini kaedah terapi individu banyak digunakan dan terbukti dapat
mengurangkan gangguan dan membantu pesakit membina kemahiran sosial seperti
bagaimana hendak berhadapan dengan kritikan orang lain (Azizi Yahaya et.al
2006: 199).
Dalam filem
tersebut, Dr. Rosen memberikan nasihat dan kaunseling kepada Nash. Ini kerana,
Nash telah cuba untuk membunuh bayinya sendiri atas hasutan Parcher. Rawatan
kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan
lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
4.
Pendekatan Asas Pendidikan
Ahli terapi tingkah laku berpendapat, kegagalan atau kesalahan
individu dalam pembelajaran menyebabkannya mengalami skizofrenia. Kaedah
pembelajaran yang intensif dapat mengubah perkembangan tingkah laku dan
membantu pesakit berhubung dengan masyarakat secara berkesan. Pendekatan ini
menetapkan tiga langkah utama iaitu:
- Menetapkan pembelajaran tingkah laku
pesakit seperti diingini oleh masyarakat.
- Memberikannya ganjaran ekonomi seperti
jika pesakit melakukan sesuatu perbuatan yang betul dia akan diberikan
ganjaran seperti makanan, minuman dan sebagainya.
- Latihan kemahiran sosial seperti menjadi
jurulatih, juruhias, mengamalkan tingkah laku harian yang umum dan
melakukan proses mengingat kembali (Azizi Yahaya et.al 2006: 199). Dalam filem
tersebut rawatan ini tidak diterapkan dalam kehidupan Nash.
5.
Pemulihan Psikososial
Kaedah pemulihan ini dikaitkan dengan penyertaan pesakit dalam
institusi sosial yang dibuat khusus bagi merawat pesakit psikotik. Contohnya,
Kelab Fountain House yang sehingga kini mempunyai lebih 200 rangkaian di
seluruh dunia termasuk di Sweden, Jepun, Australia dan terdapat dengan banyak
di negara-negara lain serata dunia. Institusi ini ditubuhkan bagi mendapatkan
tempat kembali dalam masyarakat bagi para pesakit psikotik. Pesakit akan diajar
mengawal emosi dan keupayaan fizikal bagi mencapai cita-cita mereka. Mereka akan
diberi sokongan, keperluan dan perhatian supaya dapat berdikari.
Selain itu,
pesakit akan diajar menguruskan pelbagai keperluan harian seperti pengurusan
wang, mengatasi perbezaan pendapat dalam keluarga, menjalinkan hubungan
persahabatan, menaiki bas, memasak makanan sendiri, berbelanja dan sebagainya.
Pesakit dibenarkan tinggal selama 6 bulan dan maksimum 2 tahun dalam institusi
ini dengan perkhidmatan yang lengkap meliputi kemudahan rawatan, tempat tinggal
dan makanan, pembelajaran, suasana yang aman, keselamatan dan pelbagai
kemudahan asas yang lain. Kaedah ini terbukti Berjaya merawat pesakit psikotik
dan jumlah kelab yang seumpama ini banyak ditubuhkan di seluruh negara (Azizi
Yahaya et.al 2006: 200). Kaedah ini juga
tidak ada dalam fiilem tersebut.
6.
Program Pemulihan Keluarga Secara Intensif
Pendekatan ini menekankan peranan keluarga dalam menangani masalah
pesakit dengan cuba berkongsi masalah dengan pesakit, memberi tumpuan kepada
aktiviti kehidupan seharian berkeluarga, member pendidikan kepada ahli keluarga
yang mempunyai masalah psikotik, mengajar bagaimana berhubung dengan pesakit psikotik,
cuba untuk menyelesaikan masalah pesakit dan kemahiran menguruskan masalah
keluarga dan mengelakkan daripada berselisih faham dengan pesakit. Kaedah ini
didapati berjaya untuk memberikan sokongan kepada pesakit dan dapat mengelakkan
pesakit menarik diri daripada aktiviti sosial (Azizi Yahaya et.al 2006: 200-201).
Dalam filem
tersebut Dr. Rosen banyak membantu Alicia dalam menanggani peyakit yang
dihidapi oleh Nash. Selain itu juga, Alicia seorang isteri yang tabah dan
banyak membantu Nash dan bersama-sama mengharungi kehidupan walaupun senang
atau susah. Cuma, berlaku sedikit konflik bahawa Nash ingin membunuh anaknya
sendiri dan setelah itu menolak Alicia semasa Alicia cuba untuk menelefon pihak
hospital. Sokongan moral daripada isterinya adalah salah satu faktor Nash
berjaya mengawal penyakitnya.
Kesimpulannya, dalam filem tersebut Nash berjaya menghalang
halusinasinya iaitu 3 orang yang wujud di dunia khayalan bermula dari kawan
biliknya Charles, Marcee, dan Parcher. Beliau memberitahu Alicia, " She
never gets old ", merujuk ke Marcee, yang walaupun bertahun telah
berlalu sejak pertemuan pertama mereka, namun Marcee kekal pada umur yang sama
dan masih seorang gadis kecil. Dengan ini, beliau akhirnya menerima bahawa
walaupun ketiga-tiga orang seolah-olah nyata, mereka berada dalam sebahagian
hakikat halusinasi beliau. Atas nasihat Dr Rosen, Nash memutuskan tidak memakan
semula ubat dan mempercayai bahawa dia boleh mengatasi dengan gejala itu dalam
cara yang lain. Alicia memutuskan untuk tinggal dan menyokong beliau dalam hal
ini. Faktor penting sebenarnya dalam rawatan tersebut adalah diri Nash sendiri
yang berusaha untuk menghalang halusinasinya itu dan akhirnya beliau berjaya
walaupun ketiga-tiga individu tersebut masih berada di sekelilingnya sehingga
beliau tua. Akhirnya, pada tahun 1994, Nash memenangi Nobel Memorial Prize
in Economics untuk kerja-kerja revolusi beliau mengenai teori permainan.
Filem ini berakhir sebagai Nash dan Alicia meninggalkan auditorium di
Stockholm, Nash melihat Charles, Marcee, dan Parcher berdiri sebelah dan
memerhatikannya.
Ditulis oleh:
Siti Ilyana Othman
Noorsima Zainol
Siti Zulaika Pozi
Shariha Shamsudin
Nur Azimah Abd Aziz