Thursday 18 April 2013

Apa Itu SKIZOFRENIA?


Skizofrenia adalah penyakit mental yang paling terkenal dihidapi oleh penduduk dunia. Sejak tahun 1860 ahli psikiatri dari Perancis, Morel menghuraikan sindrom ini sebagai demence precox. Pada 1896, Father of Psychiatrist Emil Kraepelin berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri daripada tiga jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Sementara pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Swiss, Eugen Bleular menggantikan ‘dementia praecox’ dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah (split), Phrenia bermaksud fungsi psychic, mind (minda). Dalam kata lain, skizofrenia ialah split of the mind. Beliau berpendapat skizofrenia tidak semestinya berakhir dengan dementia dan penyebabnya adalah faktor psikologi seperti penceraian ibu bapa, tiada kasih sayang dan dirawat dengan psikoterapi. Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal sehingga hari ini (Azizi Yahaya et. al 2006: 180).

            Kecelaruan skizofrenia adalah kecelaruan mental dan emosi yang paling serius. Istilah am yang boleh digunakan bagi kecelaruan ini ialah psikosis. Psikosis ialah keadaan individu yang mengalami kehilangan hubungan dengan kenyataan (realiti). Hal ini akan memberi kesan dalam semua aspek kehidupannya. Mereka kelihatan seperti berputus asa dan tidak mahu menyesuaikan diri mereka. Skizofrenia ialah satu kumpulan gangguan mental melibatkan 1 peratus daripada kalangan popuulasi dunia. Ia terdiri daripada fungsi psikosis termasuk gangguan dalam proses pemikiran yang menunjukkan ciri-ciri seperti gangguan tingkah laku dan gangguan dalam persepsi yang ditunjukkan melalui delusi dan halusinasi. Delusi ialah kepercayaan yang dipegang secara tidak rasional yang tidak dapat diubah dengan alasan rasional. Halusinasi ialah persepsi salah tentang sesuatu yang tidak wujud (Azizi Yahaya et. al 2006: 180-181).

No comments:

Post a Comment